KURSUS KESEDARAN HALAL (HALAL AWARENESS TRAINING)

Kursus Kesedaran Halal adalah titik permulaan untuk memahami keperluan yang telah ditetapkan oleh JAKIM/JAIN. Antara topik / skop kursus yang disediakan adalah berkaitan dengan konsep Halal dan prosedur Pensijilan Halal Malaysia berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) 2020 dan Malaysia Halal Management System (MHMS) 2020.

Ia juga merupakan kursus yang diwajibkan bagi setiap pemohon (syarikat) seperti yang telah dinyatakan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) 2020; Bahagian IV: Keperluan Pensijilan, Klausa 17 (12) – (a), (b), (c) dan (d), serta dikendalikan oleh organisasi / individu yang berdaftar di bawah HPB JAKIM.

Kazai Innovative Ideas Solution adalah merupakan salah sebuah pusat latihan yang telah berdaftar dengan Halal Professional Board (HPB) JAKIM dan Human Resource Development Corporation (HRDCorp).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kazaiideas@yahoo.com / kazaiideas@gmail.com atau di talian 019-2586566 / 011-12387498.

One thought on “KURSUS KESEDARAN HALAL (HALAL AWARENESS TRAINING)

  1. We are going to apply Cert of Halal and need a training of Halal. We need some info about this matter. Thank you.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *