Produk / menu / perkhidmatan yang mempunyai logo Halal merupakan antara permintaan pengguna domestik dan antarabangsa masa kini. Kesedaran pegguna berkaitan dengan sumber bahan mentah dan bahan ramuan yang digunakan, serta keselamatan dan keterjaminan produk / menu / perkhidmatan yang dihasilkan secara keseluruhannya lebih meyakinkan pengguna untuk mendapatkan produk yang telah dipersijilkan Halal.
Logo Halal JAKIM dan Pensijilan Halal Malaysia telah mendapat pengiktirafan di peringkat global dan diterima di kebanyakan negara sebagai pensijilan yang sentiasa menjaga integriti keseluruhan rantaian bekalan Halal sehingga kepada pengguna. Ianya sudah pasti akan dapat memberi peluang kepada pengusaha dan usahawan tempatan untuk meluaskan lagi pasaran ke peringkat global dan meningkatkan lagi ekonomi negara.
Bagi menyediakan individu dan/atau industri ke arah pematuhan prosedur pensijilan Halal Malaysia, beberapa kursus latihan ditawarkan bagi memudahkan individu / industri mendapatkan pengetahuan dan bimbingan berkaitan dengan pensijilan.
Dapatkan info dengan lebih lanjut dan bagaimana kami boleh membantu dan membimbing pemohon bagi mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia bagi produk / menu / perkhidmatan dengan menyertai program yang disediakan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kazaiideas@yahoo.com / kazaiideas@gmail.com atau di talian 019-2586566 / 011-12387498.
Semoga bermanfaat.
